Monday, September 22, 2014

Apa hebatnya Lampu TDP ini atau juga dikenali lampu Infra Red...

 Lampu TDP menyubang kepada peradaban perubatan Alternatif



Lampu TDP merupakan alat yang sering digunakan dalam perawatan Akupuntur, Bekam dan Massage / Urut. TDP memacarkan cahaya Infra Merah yang meningkatkan peredaran mikro pada dalam tubuh dan untuk mempercepat penyembuhan pada badan. Penggunaan TDP sendiri telah dipersetujui oleh Badan Perubatan dan Makanan US (FDA / Food and Drug Administration) untuk membantu meredakan sakit dan arthritis.
TDP terdiri dari kaki beroda, tiang, pelarasan waktu, lengan dan kepala lampu. Komponen Kepala lampu TDP inilah yang membezakan TDP dengan peralatan Infra Merah yang lain. Pada bahagian kepala inilah terdapat mangkuk logam campuran yang mengandungi 33 jenis unsur. Jenis mineral / unsur itu adalah Aluminium, antimony, arsenic, barium, Boron, cadmium, calcium, carbon, chromium, cabalt, copper, iodine, magnesium, manganese, molybdenum, nickel phosphorus, selenium, silicon, sodium, sulfur, tin, titanium, zink, dan zirconium. Unsure-unsur ini digabungkan pada ketebalan 0.3-0.6mm pada lapisan kepingan mangkuk logam yang berketebalan 0.5-1.5mm. Lapisan logam ini memberi pengaliran panas secara menyeluruh pada mangkuk logam tersebut.



Maksud TDP adalah dari singkatan “Teding Diancibo Pu” yang bila diterjemahkan bermaksud gelombang elektromagnetik khusus. TDP ditemukan oleh “Gou Wenbin” pada tahun 1978. Idea penemuan lampu TDP ini bermula dari laporan angka pesakit yang sangat rendah pada pekerja-pekerja di sebuah kilang tanah liat hitam. Walaupun mereka terdedah kepada cuaca sejuk yg ekstrim, basah dan panas. Hasil penelitian terkemudian menunjukkan factor penyebabnya adalah dari radiasi Infra Merah jarak jauh. Analisa terhadap tanah liat ini dan eksperimen lanjutan membawa kpd perkembangan peralatan TDP ini.

TDP ini digunakan terus pada permukaan kulit. Jangka masa penggunaan TDP ini adalah 15-45minit utk setiap kali proses terapi. Dalam sehari maksimum 2kali. Dan disarankan dilakukan pengulangan sehingga 7-10hari. Pasien akan merasa hangat pada kulitnya namun posisi kepala TDP harus diperhatikan utk mencegah pelepuhan pada kulit. Juga sangat baik digabungkan / digunakan sekali pada rawatan akupuntur dan bekam.

Hasil penelitian TDP boleh dilakukan pada lebih dari 30 jenis penyakit. Secara klinikal telah dibuktikan TDP ini mengurangkan peradangan, pengurangkn rase sakit, peningkatkan peredaran darah dan zat2 mikro, dan keseimbangan metabolism, meningkatkan pertumbuhan, meningkatkan pembiakkan / pembaikkan sel daya tahan tubuh, meningkatkan keaktifan enzim tertentu.

Perkara penting sebelum anda menggunakan TDP


1. Pesakit yang tidak boleh merasakan deria panas pad kulit contohnya pesakit Diabetis.
2. Pesakit yang ada membuat impalan Silikon, impalan Besi, alat pacu jantung dan sebagainya.
3. Pesakit yang berkeadaan demam,
4. Pensakit yang kecenderungan utk mengalami pendarahan.
5. Pesakit darah tinggi dilarang menggunakan TDP pada bahagian kepala.. 



Jika anda berminat hendak mendapaykannya sila layari official  web kami di:   www.windiany.com     atau
Emails :  raziff@windiany.com
SMS/ Whasapp :  013-3314646